Tidak meminta balasan
Cinta kepada pasangan semestinya adalah pemberian yang tulus. Cinta adalah ketulusan hati. Untuk itu, tidak selayaknya menyelitkan balasan untuk keuntungan atau kesenangan sendiri. Jangan selalu berharap di kala anda mencintai pasangan, anda akan mendapat perhatian sepenuhnya dengan pasangan atau pasangan tidak akan melakukan kesalahan. Harapan seperti ini hanya akan menyakiti hati anda sendiri.
Ingatlah mencintai pasangan beerti anda 'hanya' memberi, jadi jangan mengharapkan balasan. Imbal balik pasangan akan datang dengan sendirinya bila anda tulus mencintainya.
Jangan menuntut
Jangan cemari hati dan cinta dengan tuntutan yang pelbagai. Apatah lagi menuntut sesuatu yang tak mungkin dapat diberikan oleh pasangan seperti kemewahan yang melimpah ruah.
Terlalu banyak menuntut selalunya mempunyai maksud untuk kepentingan peribadi. Ia tidak akan mampu mematangkan perhubungan malah boleh menghancurkan jalinan kasih yang dibina. Jadi, jangan banyak "menuntut" sebaliknya andalah yang harus belajar untuk selalu memberi yang terbaik kepada orang lain, termasuk kepada pasangan, melalui cinta anda.
Jangan takut dikecewakan
Tidak selamanya sesebuah perhubungan itu akan sentiasa bahagia atau gembira. Ada masanya dilanda kekecewaan mungkin kerana salah faham, perasaan tidak puas hati dan sebagainya sehingga mengguris perasaan. Namun, jangan takut, anda sebenarnya dapat mendewasakan diri dari "luka-luka kecil" ini.
Bila anda sudah mampu menghadapi situasi seperti ini, anda akan setia terhadap cinta anda. Cintalah yang akan menghiburkan anda dari kelukaan hati. Cintalah yang akan membuatkan anda bersemangat untuk bangkit dari kekecewaan. Kesetiaan terhadap cinta inilah yang akan terus menguatkan perhubungan kasih anda dengan pasangan.
Jadilah penghiburnya
Tempatnya cinta adalah hati. Bila hati sedang terluka, seseorang memerlukan hiburan. Begitu juga jika hati pasangan anda sedang berduka, hiburkanlah dirinya. Cinta andalah yang akan menggerakkan diri anda untuk menyenangkan pasangan. Namun perkara itu tidak akan dapat anda lakukan sekiranya anda tidak dibekalkan dengan kesetiaan.
Fahami hati sepenuhnya
Manusia tidak selalu berada dalam situasi yang menyenangkan. Seperti diri anda juga, pasangan akan menghadapi masa-masa sukarnya. Jesteru bila pasangan berada dalam keadaan ini fahami hatinya. Jangan pula anda memburukkan lagi suasana hatinya sebaliknya cuba bantu dirinya melalui masa sukar ini. Jangan sesekali membiarkan pasangan sendirian untuk mengharungi kepayahan hidupnya. Setialah berada disisinya. Hanya dengan cara ini pasangan akan lebih mencintai anda.
Syukur atas apa yang terjadi
Setiap yang berlaku dalam hidup ini pasti ada hikmahnya. Begitu juga dengan apa yang anda dan pasangan lalui. Jangan mengeluh atau kecewa menghadapi kesukaran hidup, konflik dan sebagainya. Ucapan syukur atas kurniaan-Nya kerana memberi pengalaman yang mewarnakan hubungan anda sekali gus memberi pengajaran dan mendewasakan.
Matang dalam tindakan dan fikiran
Setiap kali membuat keputusan dan bertindak, fikirkan juga kesannya kepada pasangan anda. Selain itu kematangan juga beerti anda menggunakan keyakinan diri dalam menghadapi apa juga yang berlaku.
Kematangan juga membuatkan anda setia kepada pasangan tanpa digugat dengan perkara-perkara yang tidak pasti. Untuk itu, berusahalah untuk matang dalam fikiran dan tindakan, agar kesetiaan terhadap cinta terus pula berkembang. Hubungan kasih pun akan semakin kuat dan mandiri.
Teguh dalam harapan
Cinta tanpa pengharapan tentu akan sia-sia. Hidup takkan bergerak kehadapan tanpa harapan. Anda dan pasangan juga seakan tidak memiliki fokus kearah yang lebih baik lagi. Anda juga tidak akan menambahkan sedikit demi sedikit makna cinta dalam hidup anda. Untuk itu milikilah harapan dan berusahalah untuk selalu mewujudkannya.
Cara ini anda akan tetap setia kepada cinta anda, kerana harapan andalah yang mendorongnya. Tanpa setia dalam cinta, anda tidak akan ghairah dalam mewujudkan harapan-harapan anda, terutama harapan agar hidup penuh kasih dan sayang dengan pasangan.
Padukan kata dan perbuatan
Cinta sebaiknya tidak hanya disimpan dibibir saja. Jangan juga hanya diungkapkan dengan kata yang indah. Sebaiknya selaraskan kata-kata dengan perbuatan anda hingga makna cinta itu dapat dirasakan bersama pasangan. Inilah yang membuktikan kesetiaan dan cinta anda pada pasangan.
Sumber,MW, psikologi perkahwinan